Sebagai manusia, Anda tetap akan memerlukan insan lain di dalam hidup. Insan lain itu adalah ibu dan bapa Anda, adik beradik Anda, sahabat Anda, pasangan hidup Anda atau best friend Anda.
Setiap daripada kita ada kekurangan dan kehebatan masing-masing. Kehebatan kita gunanya untuk mengisi kekurangan orang lain. Kekurangan kita pula gunanya untuk diisi oleh kehebatan orang lain. Dalam hidup, Anda tidak boleh menidakkan fakta yang Anda tetap memerlukan orang lain.
Cinta ada pelbagai jenis, wujud dalam pelbagai ruang dan untuk pelbagai kategori orang.
Ada cinta untuk ibu dan bapa, cinta untuk adik beradik, cinta untuk kekasih hati, cinta untuk pasangan hidup, cinta untuk Allah Yang Maha Esa, cinta untuk Rasul, cinta kepada hobi, cinta pada ketenangan dan kedamaian.
Cinta fungsinya menyemarakkan dan memberi semangat.
Sifat cinta bergantung pada orang yang menafsirkannya. Jika cinta dipandang sebagai sesuatu yang menyeksakan, itulah jadinya.
Jika cinta dipandang sebagai penyuntik inspirasi, maka itulah yang akan jadi. Cinta ada hikmah tersendiri, iaitu sebagai booster motivasi buat Anda. Untuk sentiasa bersemangat,suburkan hati Anda dengan perasaan cinta.
Cemana nak buat?
Caranya hadirkan cinta. Rasai betapa manisnya cinta, nikmati betapa manisnya merindu insan-insan yang Anda cinta.
Mengingati insan-insan yang Anda cinta akan membuat Anda jadi bersemangat dan berinspirasi, kesannya membuat Anda merasa bersyukur dengan apa yang Anda ada sekarang ini.
No comments:
Post a Comment