Thursday, August 29, 2019

Negetif Thinking’s

Assalamualaikum.
 Perasaan negatif ini ada di mana-mana dan ada kalanya, kita asyik fikir benda yang negatif sampai yang positif itu kita tidak nampak. Pernah tak, jadi macam ini kepada anda? Satu hari tu semuanya perfect, satu harinya semuanya baik, semuanya bagus, orang puji anda atau anda dapat komen-komen positif, anda dapat “give your pen at the back” ataupun apa sajalah yang memberikan vibe yang positif.
Tapi dalam satu hari tu, hari yang best sangat-sangat tu, ada satu orang sebut perkara negatif kepada anda, “..apa la dia ni poyo je dia ni kan!” Apa jadi? Betul tak sampai ke malam, kita akan ingat sebab satu benda negatif, dan kita akan lupa semua benda positif yang berlaku hari itu. Just because satu benda yang negatif itu, ia menghantui kita, sampai ke malam nak tidur pun masih fikir yang satu itu dan kita lupa yang positif dan lain-lain. Ini memang terjadi. Maksudnya kita sendiri yang tak kuat, kenapa satu yang negatif tu mengganggu yang positif yang lain.
Kita selalu ingat benda yang negatif lebih banyak lagi berbanding dengan benda yang lebih positif itu. Jadi, kita perlu tingkatkan keyakinan diri kita. Sebenarnya is not about, kita nak yakinkan untuk terima kita. Kita tak perlu orang yakinkan kita. Kita boleh lakukan sesuatu untuk kita nak mulakan perniagaan, nak yakinkan orang yang kita sebenarnya hebat dan sebagainya, tak perlu. Apa yang penting, anda kena yakinkan diri anda sendiri, diri anda seorang diri. Sebab minda kita, minda manusia ini, kita fikir macam-macam.
Macam-macam kita fikir dalam minda kita. Dan susah nak control minda kita, nak tak nak kita ada minda, kita akan fikir macam-macam. Seperti mana yang negatif itu tadi, so cara baik untuk buang rasa negatif ini. Cara kita nak buang perasaan negatif adalah kita redha sahaja. Kita kena redha dengan semua, kita ni bukan orang yang perfect, kita ni bukan orang yang sempurna. Apabila kita ada perasaan redha kita biarkan semuanya macam ini lagi mudah untuk kita control minda kita. Tak kiralah orang kata apa, at the end of the day, rezeki bukan orang yang bagi, betul tak? Rezeki datang daripada Allah SWT. Dan caranya adalah untuk anda sendiri yakinkan dengan diri anda sendiri.

So, jangan risau jangan ambil port dengan benda-benda yang negatif yang sikit tu, sebab ada banyak lagi benda-benda yang positif tetapi because minda kita ini kita tak boleh control, kita akan fikir benda yang negatif sampai ia menghantui diri kita. So, InsyaAllah lepas ni kita redha dengan semua keadaan kita, tahu bahawa kita ini tak perfect and tak sempurna. Tak kisahlah benda yang negatif ini. Okay, 

Sunday, March 31, 2019


Aku ada satu cerita
Tentang gadis yang ku puja
Tapi dia sudah berpunya
Itulah dia ainaa namanya

Ainaa budak kaca mata
Tinggi dia sedang-sedang saja
Tapi manis senyumannya
Membuat hatiku tergila- gila..

Oh oh ohh ainaa
.....

Monday, May 22, 2017

Aku Rindu Kau

Sejak aku kenal kau...
Sejak aku jumpa kau..
Sejak aku berkawan dengan kau..
Aku terus berusaha menjadi terbaik utk dikau..
Aku terus bangun bangkit dan berdiri apabila aku jatuh.
Kau hadirr apabila aku terjatuh sebelum aku menempa kejayaan..
Kau semangatku..
Kau kekuatanku..
Tanpamu aku xakan berada di sini..

Aku menyayangi kau bukan sbb aku kesian..
Aku menyayangi kau bukan sbb aku kesunyian.
Tapi aku menyayangi kau kerna aku percaya..
Allah hadirkan kau untukku dan aku untukmu..
Aku xpernah penat menunggu mu..
Bertahun tahun aku cuba buang perasaan ini namun aku xberjaya..
Setiap hari aku akan teringatkan kau.
Aku cuba sembunyikannya..
Namun.. itulah hakikatnya..
Aku harap suatu hari nnt kau akan kembali...

Wednesday, April 19, 2017

Diriku Insan Biasa.

Malam ini tak serupa malam itu. Walau tarikhnya hampir sama di papan kalender, namun malam ini angin tidak lagi berlagu kasih. Sunyi... sepi... daun-daun pejam sedih.

Aku masih ingat malam itu cukup indah. Sehingga kalau pun gula ditabur ke tanah, semut tetap hinggap di bibirmu bikin rumah. Setiap bait kata-kata, setiap butir janji kau bina, buat aku makin haus, terkandas aku di kemarau cinta mu yang maha luas.

Kau lah yang satu. Di dalam doa nama mu ku mula sebut-sebut selalu. Kau sudah ku pilih sebagai pilihanku... yang bakal menceriakan setiap hari hari ku...

Yang takkan pernah aku bosan melihat senyuman. Biar orang berkata aku gila tidak siuman. Biar...Ah kalau sudah kuasa cinta mu bertahta di hati bagaimana mungkin aku berhenti tersenyum kepuasan. Semoga cinta kita berkekalan. Kata-kata orang itu tak usahlah kau pedulikan.

Namun sayang...

Tidak langsung kuduga. Ku sangkakan kemarau tiba-tiba hujan. Mawar di taman syurga akhirnya layu juga berguguran. Manisnya gula di bibir akhirnya bertukar masam kekelatan. Aku heran...

Entah datang dari mana, hadir pula seseorang di antara kita. Orang ke tiga. Aku tidak heran dengan kehadiran si dia. Tetapi kenapa pula engkau yang berpaling muka. Terus bertukar rasa. Membuka kitab cinta baru. Aku?

Aku kau tinggal seperti tunggul... seperti lalang tempat najis lembu dikumpul... seperti sampah orang buang tak kisah... seperti bangkai yang membusuk... yang mati dek kerana teminum racun janji-janji mu yang ku ingat dulu adalah penawar bila hati gundah tak bergula tawar.. aku bebal percayakan kau sial.

Namun... disebalik kesedihan ini... aku gembira.. kerana tidak lemas dan hanyut di dalam lautan cinta manusia..

Kini aku adalah aku, mengikut apa haluan angin dihatiku. Sebagai hamba sang Pencipta, sebagai anak hararapan keluarga....

Monday, April 3, 2017

Cinta dan Takdir

Dari dulu
Aku menantikan
Cinta yg mampu
Tenangkan hatiku
Tapi
mengapa hanya kecewa
Yang harus selalu
Singgah hatiku

Ingin rasanya
Aku akhiri saja
Semua penatian
Yang tiada kepastian

Oh tuhan
Beritahu aku
Kemana harusku cari
Separuh hatiku

Lelah rasanya
Aku menunggu
Semua jawapan
Tentang takdir cintaku.
Bebaskan aku
Dari kehampaan ini

Thursday, March 16, 2017

UJIAN

HAri ini sekali lagi aku diuji. Perkara yang sama kini berulang semula. Hatiku seperti hancur diremok dan dihiris-hiris. Pada siapa ingin aku luahkan. Aku hanya insan biasa. PAdaMU YA ALLAH aku memohon pertunjuk. 
 
Allah akan menguji kita dengan ujian yang kita mampu kita hadapi. 
Allah menguju kita kerana Allah sayangkan kita.
Allah menguji kita kerana Allah rindukan kita menyebut namanya.
YA Allah, Aku sedar aku telah banyak melakukan dosa YA ALLAH. 
Berbagai ujian telah kau berikan padaku. Tunjukkan lah aku jalan yang benar YA ALLAH, Berikan aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Kuatkanlah imanku, kuatkanlah semangatku untuk terus menuju redhamu YA ALLAH. 

Berikan ketabahan pada diriku dan kekuatan untuk aku menerima kenyataan ini Ya ALLAH. Kau yang MAHA KUASA. 
Ampunilah Dosaku,Pimpimlah aku kejalan yang benar YA ALLAH...

4kali dalam 2tahun macam xmasuk akal. Tapi itu kenyataaan. 
Aku Perlu Terima Dengan REDHA...

Kerna aku tahu Setiap YANg Berlaku ini Adalah ketentuan ALLAH dan semua yang berlaku ini ada Hikmahnya..
Sabar, Redha, TAbah, Kuatkan HAti dan paling PENTING, ALLAH akan selalu ada UNTUK KITA..

Wednesday, March 1, 2017

JODOH...

Saya adalah seorang lelaki yang terlalu takut untuk berhadapan dengan seorang perempuan, baik itu yang sudah lama saya kenal apalagi yang baru dijumpai. Mungkin kerna pengalaman dahulu mengajar erti kehidupan saya pada akan datang.
Jujur aku katakan aku seorang lelaki yang perlukan kekuatan dari orang disekeliling aku. orang yang aku sayang. Kawan aku selalu nampak teletah aku seperti seorang yang gembira dengan hidup, namun siapa yang mengerti perasaan dalam diriku ini. 
Baru-baru ini aku mendapat jemputan perkahwinan dari seseorang. Tidak aku sangka, dia akan berkahwin pertengahan bulan 3 ini. aku hanya mempu tersenyum dan ucapkan tahniah. Kerna aku tahu seandainya aku luahkan apa yang aku rasa, tiada apa yang akan dapat mengubah. Mungkin silap aku juga kerna pernah menyakiti hatinya semasa zaman persekolahan aku dulu. kini sudah 10 tahun accident itu berlaku. Namun jujur aku katakan aku pernah menyukai dia dan menganggap dia lebih dari teman biasa aku, namun dia hanya menggap aku sebagai seorang abang. Selepas kejadian 10 tahun yang lalu. aku tidak pernah lupa akan dia. Setiap tahun dia adalah salah seorang gadis yang akan aku utuskan Kad Raya. Nampak macam agak ketinggalan zaman. Namun bagiku itu tanda kesungguhan aku mengingatinya walaupun tidak pernah dibalasnya. 
Bila difikirkan balik, Aku tidak tahu apa silapku. Bukan ini kali pertama aku diperlakukan begini. Aku terasa seperti perasaan aku dipermainkan oleh mereka. aku cuba menjadi yang terbaik bagi mereka. Tapi akhirnya mereka pergi meninggalkan aku juga. apa salahku kepada mereka sampai mereka memperlakukan diriku seperti ini?
Aku memang ramai kawan perempuan. Tipu kalau aku katakan tiada kawan perempuan kan. sebab kehidupan seseorang akan lebih senang berkawan dengan berlainan jantina. Namun seandainya aku sudah mula suka pada seseorang itu, Hatiku hanya ada padanya.. Dan paling sukar aku tidak dapat melupakan dia dan akan sayang dia untuk selama-lamanya. 
Ya Allah.. Ya Tuhanku.. 
kenapa aku amat menyayanginya walaupun dia tidak pernah menyayangiku. Seandainya dia bukan jodohku. Hilangkan perasaan sayang ini pada nya. Cuma tinggalkan perasaan dari kawan kepada seorang kawan biasa...