Wednesday, March 1, 2017

JODOH...

Saya adalah seorang lelaki yang terlalu takut untuk berhadapan dengan seorang perempuan, baik itu yang sudah lama saya kenal apalagi yang baru dijumpai. Mungkin kerna pengalaman dahulu mengajar erti kehidupan saya pada akan datang.
Jujur aku katakan aku seorang lelaki yang perlukan kekuatan dari orang disekeliling aku. orang yang aku sayang. Kawan aku selalu nampak teletah aku seperti seorang yang gembira dengan hidup, namun siapa yang mengerti perasaan dalam diriku ini. 
Baru-baru ini aku mendapat jemputan perkahwinan dari seseorang. Tidak aku sangka, dia akan berkahwin pertengahan bulan 3 ini. aku hanya mempu tersenyum dan ucapkan tahniah. Kerna aku tahu seandainya aku luahkan apa yang aku rasa, tiada apa yang akan dapat mengubah. Mungkin silap aku juga kerna pernah menyakiti hatinya semasa zaman persekolahan aku dulu. kini sudah 10 tahun accident itu berlaku. Namun jujur aku katakan aku pernah menyukai dia dan menganggap dia lebih dari teman biasa aku, namun dia hanya menggap aku sebagai seorang abang. Selepas kejadian 10 tahun yang lalu. aku tidak pernah lupa akan dia. Setiap tahun dia adalah salah seorang gadis yang akan aku utuskan Kad Raya. Nampak macam agak ketinggalan zaman. Namun bagiku itu tanda kesungguhan aku mengingatinya walaupun tidak pernah dibalasnya. 
Bila difikirkan balik, Aku tidak tahu apa silapku. Bukan ini kali pertama aku diperlakukan begini. Aku terasa seperti perasaan aku dipermainkan oleh mereka. aku cuba menjadi yang terbaik bagi mereka. Tapi akhirnya mereka pergi meninggalkan aku juga. apa salahku kepada mereka sampai mereka memperlakukan diriku seperti ini?
Aku memang ramai kawan perempuan. Tipu kalau aku katakan tiada kawan perempuan kan. sebab kehidupan seseorang akan lebih senang berkawan dengan berlainan jantina. Namun seandainya aku sudah mula suka pada seseorang itu, Hatiku hanya ada padanya.. Dan paling sukar aku tidak dapat melupakan dia dan akan sayang dia untuk selama-lamanya. 
Ya Allah.. Ya Tuhanku.. 
kenapa aku amat menyayanginya walaupun dia tidak pernah menyayangiku. Seandainya dia bukan jodohku. Hilangkan perasaan sayang ini pada nya. Cuma tinggalkan perasaan dari kawan kepada seorang kawan biasa...

No comments:

Post a Comment