Sunday, December 18, 2016

Insan Benama Lelaki

seorang lelaki mungkin gembira saat orang gelarnya seorang muslim sejati, atau lebih hebat lagi digelar seorang yang soleh.. tetapi lelaki itu bukan aku, bukan kerana aku tak mahu, tapi aku cukup malu jika digelar sebegitu sebab seolah aku menipu orang lain dengan cara aku sebagai muslim padahal aku sendiri tahu aku bukan seorang yang berilmu bukan juga seorang yang layak dipuji tapi manusia yang jahil yang masih mencari hala tuju.. aku masih seorang lelaki jahil yang masih tergapai gapai dalam mengejar redha dan cintaNya, tak layak aku digelar muslim sejati atau yang soleh oleh manusia.. cukuplah kau doakan aku untuk menjadi muslim yang soleh dimata Allah.. alhamdulillah :') 

mungkin pada zahirnya, aku kelihatan seperti seorang yang berilmu tetapi dari batinnya hanya Allah yang tahu...sesungguhnya, aku ini hanya seorang lelaki jahil,yang baru ingin berhijrah untuk lebih mendekatkan diri padaNya agar kebahagian itu milik aku dunia dan akhirat..

In Sha Allah

No comments:

Post a Comment