Thursday, August 29, 2019

Negetif Thinking’s

Assalamualaikum.
 Perasaan negatif ini ada di mana-mana dan ada kalanya, kita asyik fikir benda yang negatif sampai yang positif itu kita tidak nampak. Pernah tak, jadi macam ini kepada anda? Satu hari tu semuanya perfect, satu harinya semuanya baik, semuanya bagus, orang puji anda atau anda dapat komen-komen positif, anda dapat “give your pen at the back” ataupun apa sajalah yang memberikan vibe yang positif.
Tapi dalam satu hari tu, hari yang best sangat-sangat tu, ada satu orang sebut perkara negatif kepada anda, “..apa la dia ni poyo je dia ni kan!” Apa jadi? Betul tak sampai ke malam, kita akan ingat sebab satu benda negatif, dan kita akan lupa semua benda positif yang berlaku hari itu. Just because satu benda yang negatif itu, ia menghantui kita, sampai ke malam nak tidur pun masih fikir yang satu itu dan kita lupa yang positif dan lain-lain. Ini memang terjadi. Maksudnya kita sendiri yang tak kuat, kenapa satu yang negatif tu mengganggu yang positif yang lain.
Kita selalu ingat benda yang negatif lebih banyak lagi berbanding dengan benda yang lebih positif itu. Jadi, kita perlu tingkatkan keyakinan diri kita. Sebenarnya is not about, kita nak yakinkan untuk terima kita. Kita tak perlu orang yakinkan kita. Kita boleh lakukan sesuatu untuk kita nak mulakan perniagaan, nak yakinkan orang yang kita sebenarnya hebat dan sebagainya, tak perlu. Apa yang penting, anda kena yakinkan diri anda sendiri, diri anda seorang diri. Sebab minda kita, minda manusia ini, kita fikir macam-macam.
Macam-macam kita fikir dalam minda kita. Dan susah nak control minda kita, nak tak nak kita ada minda, kita akan fikir macam-macam. Seperti mana yang negatif itu tadi, so cara baik untuk buang rasa negatif ini. Cara kita nak buang perasaan negatif adalah kita redha sahaja. Kita kena redha dengan semua, kita ni bukan orang yang perfect, kita ni bukan orang yang sempurna. Apabila kita ada perasaan redha kita biarkan semuanya macam ini lagi mudah untuk kita control minda kita. Tak kiralah orang kata apa, at the end of the day, rezeki bukan orang yang bagi, betul tak? Rezeki datang daripada Allah SWT. Dan caranya adalah untuk anda sendiri yakinkan dengan diri anda sendiri.

So, jangan risau jangan ambil port dengan benda-benda yang negatif yang sikit tu, sebab ada banyak lagi benda-benda yang positif tetapi because minda kita ini kita tak boleh control, kita akan fikir benda yang negatif sampai ia menghantui diri kita. So, InsyaAllah lepas ni kita redha dengan semua keadaan kita, tahu bahawa kita ini tak perfect and tak sempurna. Tak kisahlah benda yang negatif ini. Okay, 

No comments:

Post a Comment