@SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA@
Takala aku menikmati pengalaman di perantauan, terdedik hati memikirkan bertapa beruntungnya aku menjadi diriku ini. Walaupun aku sedar bahawa diriku ini hanya insan biasa yang sering melakukan kesilapan dalam hidup TETAPI aku percaya bahawa Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku ingin mengajak anda semua merenung kembali apa yang kita lakukan sejak mula kita mengenal dunia yang fana ini. Aku percaya bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya dalam hidup anda kelak. Mungkin bukan serta merta anda dapat tahu, tapi percayalah anda akan terima jawapanya kelak. Begitulah kehidupan aku di dunia yang penuh cabaran ini.
Secara ringkasnya, aku mempunyai ramai adik beradik dan aku adalah anak lelaki paling bongsu, kadang kala aku merasakan kenapa bukan aku jadi abang, tetapi sedar tidak sedar dalam semua yang berlaku aku mejadi anak yang paling rapat dengan ibubapaku. Aku tidak sepandai abang diatas aku, umurnya hanya setahun daripada. Kalau nak Dibandingkan Usia ku dengan nya, terlalu dekat, tetapi kepandaiannya telah membanggakan seluruh keluargaku. Pernah satu ketika dulu, aku sering menitiskan air mata kerana abang2x ku sering membanggakan abangku ini, Setiap Peperiksaan Awam dia antara pelajar yang terbaik,tapi aku,hanya insan biasa, keputusan Peperiksaan ku jauh panggang dari api andai dibandingkan dengan keputusan beliau. Oleh itu, aku berazam pada diriku aku ingin membanggakan keluarga ku. Walaupun aku tidak sepandai abangku ini, tetapi kita kena ingat bahawa Allah SWT telah memberikan berbagai cara untuk kita berjaya dalam hidup ini. Alhamdulillah, Allah SWT telah menunjukkan jalan pada diriku. Beberapa kali aku gagal tetapi Kegagalan itu yang membuatkan aku lebih berusaha untuk berjaya dalam hidup ini.
Selepas SPM aku meneruskan pelajaran ku di STPM walaupun aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Politeknik dan UITM tetapi Allah SWT telah menunjukkan jalan kau menerusi STPM. Aku pernah sampai ingin berputus asa apabila keputusan STPM aku tidak begitu memuaskan sehinggakan ia tidak layak melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah. Namun Aku mencuba sekali lagi Untuk menduduki STPM. pada tahun Kedua aku ingin menduduki STPM, aku telah mendapat tawaran menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT ). Alhamdulillah dua tahun aku menjadi GSTT. Disinilah aku mula menceburi bidang pendidik ini. UPSI adalah satu2xnya Universiti Pendidikan di Malaysia. Sebanyak empat kali aku telah mencuba membuat pemohonan untuk memasuki universiti ini. akhirnya kali keempat itulah aku berjaya memasuki UPSI dengan hanya berbekalkan pengalaman dan Pointer hanya 2.08. Alhamdulillah, impianku telah tercapai dan ia telah membanggakan keluargaku. dan disinilah aku mula sedar semua yang berlaku ada hikmahnya. Abang ku pernah memohon untuk memasuki UPSI tetapi ia gagall dan telah memasuki UKM tetapi aku tetap mencuba dan aku berjaya. Bertapa gembiranya hatiku apabila pertama kali menjejakkan kakiku di UPSI. Pengalaman aku menjadi pendidik aku gunakan sebaik mungkin.
Dan suatu hari aku mendapat perkhabaran bahawa batch aku telah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar Ke Korea Selatan. Lantas aku telah mebuat pemohonan tanpa memikirkan Risiko yang akan ku lalui kelak. Akhirnya aku telah terpilih tetapi aku telah diterangkan dengan risiko yang akan ku tempuhi seandainya aku mengikuti Pertukaran pelajar ini. namun aku berfikir secara positif. Sewaktu kecil aku ada terfikir bahawa aku ingin belajar di luar negara. kini peluang telah terhidang, cuma semangat dan kekuatan mental dan fizikal sahaja yang harus di perkemaskini kan. Peluang ini hanya datang sekali, Oleh itu aku terima dan kini aku telah berada di sini menimba ilmu dan pengalaman yang tidak ku sangka selama ini akan ku capai. "YA ALLAH, Aku bersyukur padamu, kau telah menunjukkan jalan padaku dan kau kuatkan iman ku dan semangatku untuk kesini. merantau kenegara orang yang berlainan cara kehidupanya. oleh itu, Kau kuatkan iman ku untuk aku mehindari dari melakukan perkara yang kau munkiri. Dan tidak lupa juga kau sihatkan tubuh badan ku, ibubapaku, guru2x ku, sahabat2x ku dan muslimin dan muslimat yang ada disekelilingku. Amin"
Inilah sedikit sebanyak coretan kehidupan ku yang ku lalui. Diharap Sahabat semua dapat menerima apa yang terjadi dengan Redha dan ingat "SEMUA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA"
No comments:
Post a Comment