Tuesday, September 20, 2016

Tentang kau Mata yg cantik


Dulu semasa aku dalam kesedihan dan tidak mampu untuk meneruskan kehidupan ini, kau hadir tanpa aku duga. Entah mengapa, sinar kehidupan datang kembali. Wajah mata mu selalu bermaain difikiranku. Kau memberi aku harapan bahawa kehidupan ku akan lebih baik selepas ini. Setiap masa aku akan bertanya khabar mu. Mungkin kesilapanku dulu mengajarku apa kelemahanku. Aku cuba perbaikinya. Seandainya kau perlukan bantuan, aku sedia membantu kerna aku ingin kau tahu aku betul2x ingin sentiasa bersamamu hingga hujung nyawa nafasku. Apabila kau disisiku. Kau sering tersenyum. Aku suka senyumanmu itu. Namun, setelah aku tamat belajar, kita sudah tidak ketemu. Hanya tuhan saja tahu bertapa aku sayang padamu,bertapa rindunya aku padamu. Pada hari jadimu,aku meluahkan isi hatiku padamu. Namun, entah mengapa selepas kejadian itu kau semakin jauh ingin meninggalkanku. Aku tahu kau ingin menolongku melupakanmu kerna  itu yg kau hajati. Namun aku gagal. Setelah hampir 2tahun, semakin mendalam sayangku padamu. Kini, kau kau telah berjaya mendapatkan segulung ijazah. Ingin sekali aku datang padamu dan mengucapkan tahniah atas kejayaanmu itu. Tapi kerjaya ku ini menghalangku utk membiat demikian. Namun, aku tetap melihatmu menerima ijazah dengan berpandukan video live yg disiarkan. Seharian aku tidak tenang menunggukan masa kau menerima ijazah. Terpancar wajah kegembiraan kau apabila menerima ijazah itu. Aku doakan kau berjaya. Aku selalu ade untukmu. Kerna kau CINTA ISTIQARAHKU..

No comments:

Post a Comment