TODAY..aku ase cam nk tulis something so.ini datang dari kalbuku...
bacalahdan renugkan lahh..
MULUT
Kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan merana
kata terpancut
dari mulutnya
manis bagai madu
menyerikan aroma rasa
menggetar seluruh jiwa
hebat, megah berkuasa
diri bagai di puncak dunia.
Ada kalanya
kata yang terluah
dari mulutnya bagai hempedu
tak mampu dinikmati
deria rasa batinku
mulutnya menghembus nafas maut
kepada sesiapa mendengar kata-katanya.
Peringatan sang guru
yang tiada nama
manis jangan terus ditelan
pahit jangan terus dibuang
hati-hati dengan kemanisan
waspada dengan kepahitan.
Jangan kerana manis kita lupa diri
jangan kerana pahit kita berjauh hati
amanat dari yang manis dan pahit
adalah geliga hidup
Jagalah mulut
memilih pahit manis
dalam menguntum
bunga kata-kata..
No comments:
Post a Comment