Friday, December 21, 2012

KUATKAH AKU ???

kadang kala aku berasa diriku amat bertuah kerana aku berada ditahap ini.. namun manusia xpernah puas dengan apa yag dia dapat.. namun bagi ku  xsalah sekiranya kita ingin yang terbaik dalam hidup kita.. bulan 12 setiap tahun ade kejutan.. dan Kejutan ini adalah ujian dari YANG MAHA ESA. Kejutan yang terbaru yang aku terima, aku mendapat tahu bahawa Keputusan ku adalah yang terburuk dari kalangan sahabatku disini.. Ya Allah.. aku redha dengan apa yang kau berikan kepada ku.. namun aku bukan sekuat apa yang orang lain fikirkan. Aku adalah insan yang lemah.. takot dengan kegagalan dalam apa yang aku lakukan...andai sesuatu perkara yangg aku harapkan ia berakhir dengan kegembiraan, tetapi ia tidak terjadi.. aku akan menjadi lemah.. takot akan kehidupan aku kelak..
Ya Allah.. Sungguh hebat dugaan MU kepadaku.. aku takot aku xdapat hadapi dugaan MU ini.. aku cuba berfikir dengan positif, dan aku cuba berpegang dengan apa yang selalu aku pegang dalam hidupku ini.. "Setiap apa yang berlaku ada Hikmahnya"  
Ya... "Setiap pa yang berlaku ada Hikmahnya" 
Ya Allah.. Kuatkah aku untuk menempuhi dugaan mu ini.. aku insan yang lemah Ya Allah.. aku insan yang lemah...  aku ingin membanggakan keluarga ku.. walau apa jua aku lakukan hanya untuk Keluargaku dan jua Insan yang aku sayangi di dunia ini.. dimana aku berpijak.. dimana aku berada.. Aku lakukan kerana insan yang aku sayangi agar meraka gembira.. diriku ini tiada apa2x.. seandainya orang yang aku sayangi menangis kekecewaan.. aku tidak sanggup melihat air mata orang yang aku sayangi mengalir kerana kegagalan ku.. biarlah meraka mengalir kerana gembira atas kejayaan ku..
 mulutku kaku apabila ingin bicara.. namun orang disekililing yang memberi semangat kepada ku untuk terus berjuang dalam kehidupan ini.. Tahniah diucapkan kepada sahabatku yang berjaya dan yang telah berjaya dalam kehidupan... aku sedar.. aku bukan insan yang baik, aku bukan insan yang sempurna.. aku insan yang serba kekurangan.. aku insan yang lemah.. ku insan yang lemah.. 
Ya Allah... aku ingin berubah, Kau tunjuklah aku kejalan yang benar.. Kau berikan petunjuk kepadaku agar aku tidak sesekali tersasar dari landasanMU Ya Allah.. Aku telah banayak tersasar.. Kau bimbinglah aku Ya Allah.. Walau berapa lama air mata ku ingin menitis pown sudah tiada guna andai aku sentiri tidak mahu berubah.. Aku perlu berubah.. 

Ya Allah..
Kuatkan Imanku..
Kuatkan Semangatku..
Kuatkan Hatiku..
Agar akal ku ini tidak dikuasai oleh segala Hasutan makhluk yang telah Kau jadikan untuk menghasut para Umat adam untuk tersasar dari landasan Syariatmu..
Amin..

No comments:

Post a Comment