CINTA : Antara Runtunan Nafsu Dan Tuntutan Syariat
Pada
awal kurun ini, masyarakat Melayu Islam
telah dikejutkan
dengan suatu reformasi baru yang
dikemukakan
oleh Agus Salem, salah seorang
pengasas
Syarikat Dagang Islam sekitar tahun 1911. Beliau
menyarankan
kepada pemuda pemudi yang terdedah
dengan
benih-benih pergaulan bebas yang diajar
oleh
penjajah ketika
itu supaya bercinta sesudah
berumahtangga. Fikiran ini dimahsyurkan lagi ke
tengah-tengah
masyarakat Melayu Islam oleh Bapa Hamka (HJ
Abdul Malik
Karamullah).
Selepas
itu, masyarakat mula mengkaji apakah
yang lebih
berkesan sama ada bercinta sebelum
berumahtangga
ataupun bercinta sesudah berumahtangga.
Suatu perkara
yang sudah pasti, bercinta dan
berkasih sayang
adalah suatu yang teramat penting sesudah
berumahtangga
kerana dua rukun inilah menjadi
tiang seri yang
paling ampuh dalam pembentukan
keluarga.
Persoalannya, adakah
bercinta itu penting dan
perlu
sebelum berumahtangga??.
Jawabnya :
perasaan tersebut perlu ada dalam hati
kedua-dua bakal
suami isteri, tetapi tidaklah
membawa kepada
wujudnya pergaulan atau melanggar
batas-batas
yang telah ditetapkan oleh Syariat
Islamiah
seperti membuat "dating" dan lain-lain lagi.
`Tanggungjawab`
Bakal
suami isteri perlu mengetahui bahawa
rumahtangga
suatu tanggungjawab yang perlu
dipikul
bersama. Ahli falsafah menyatakan bahawa cinta
adalah suatu
perasaan yang dimiliki oleh semua manusia,
laksana
getah-getah yang ada di pokok-pokok getah
atau madu-madu
yang ada di pokok bunga. Maka perasaan
ingin
menyayangi dan ingin disayangi itu
bersebati dalam
diri manusia semenjak dia dikeluarkan dari
perut ibunya.
Pasangnya sukar dibatasi apabila perasaan
tersebut
melodak di dalam jiwa, surutnya sukar
digumbai
apabila perasaan dingin menguasai diri
dari jiwa
manusia yang kecewa terhadapnya.
Secara
fitrahnya manusia yang kecewa terhadap
cinta akan
bermuhasabah terhadap harga dirinya.
Kadang-kadang
muhasabah itu mengajar bertindak
dengan cara
yang betul, dan kadang-kadang pula ia
menghalakan
manusia ke arah yang memusnahkan.
Manakala
manusia yang dilodaki oleh perasaan
tersebut pula
akan merasa gembira dan riang
sehingga
membolehkan dia membuat suatu perubahan yang
besar dalam
dirinya sama ada ke arah baik atau
sebaliknya. Ini
bererti alam percintaan adalah suatu
jambatan yang
mengubah masa depan manusia yang
merentasinya.
Oleh
itu, alam percintaan adalah suatu
persediaan
untuk mengenali dan memahami erti
tanggungjawab.
Manusia yang
bercinta sentiasa menghadapi tekanan
saraf dan
perasaan. Sewajarnya manusia yang
melalui
perkara tersebut belajar menghayati erti
pengorbanan. Sekiranya seorang lelaki yang mencintai
perempuan
tetapi dia tidak sanggup berkorban untuk
perempuan
tersebut maka cinta yang dilafazkannya adalah
palsu dan
penuh kepura-puraan, Perempuan yang cerdik
tidak boleh
mempercayai lelaki yang sebegitu dan
demikianlah
sebaliknya.
Ahli Hukama`
menegaskan :
"Nilailah harga kasih
sayang pasanganmu itu
melalui
pengorbanannya bukan melalui ungkapan bicaranya".
Lantaran itu
kita mendapati realiti kehidupan
sentiasa
mencatatkan pasangan yang mampu mencapai
hakikat
kebahagiaan ialah manusia yang berkahwin
untuk mendidik,
manakala manusia yang berkahwin
berdasarkan
fantasinya semata-mata seringkali menemui
kemusnahan
dalam pembentukan rumahtangga.
`Ganjaran
Dari Allah`
Perkahwinan
adalah suatu sunnah dari Rasulullah
s.a.w. dan
nabi-nabi sebelumnya. Suatu perkara
yang perlu dikaji
akan hikmah percintaan yang
dilakukan oleh
Baginda s.a.w ialah Baginda menyarankan
kepada
bakal-bakal suami untuk mencari gadis-gadis untuk
dikahwini
tetapi beliau sendiri memperisterikan
perempuan-perempuan janda, hanyalah Aisyah r.a
seorang sahaja
yang masih gadis ketika dikahwini.
Hal ini
tentulah menggambarkan kepada kita
tentang
persediaan pengorbanan dan menyempurnakan
tanggungjawab
yang telah ditunjukkan oleh Baginda
Rasulullah
s.a.w sebelum melalui gerbang
perkahwinan.
Rasulullah
s.a.w telah menerangkan bahawa
diantara
golongan yang mendapat dua ganjaran pahala ialah
seorang yang
memerdekakan hambanya lalu
mengahwininya.
Al-Mawardi
menyebut di dalam kitabnya (peradaban
dunia dan
agama):
" ..adalah baik bagi seseorang mencari
pasangannya
dengan tujuan menolong dan membantunya, kerana
perkara ini
akan mematangkannya untuk menjalankan
tanggungjawab
dan berkorban setelah berumahtangga
kelak."
`Fantasi
Dan Khayalan`
Sebelum
berkahwin manusia seringkali mengkhayalkan
belaian-belaian
dan pujuk rayu pasangannya,
padahal
gambaran khayalan itu hanyalah berlaku
dalam
jarak masa yang
singkat berbanding dengan liku-liku
perjuangan yang terpaksa ditempuhinya. Perkara
ini adalah
lumrah semulajadi semua manusia. Tanpa
kawalan agama
ianya akan menjerumuskan manusia melakukan
kerja-kerja
keji sama ada dihadapan khalayak
ramai atau
ketika berseorangan.
Manusia yang
tiada matlamat hidup seperti
golongan barat,
sebagaimana yang ditonjolkan dalam media
massa akan cuba
memanjangkan tempoh fantasi ini
sekalipun ianya
bukanlah suatu yang boleh berpijak di alam
nyata. Lantaran itu kehidupan mereka akan
menjadi musnah
dan kebahagiaan yang dikhayalkan itu
bukan dapat
dicapai sekali-kali.
Masyarakat
Islam sepatutnya mestilah mempelajari
panduan-panduan
hidup yang kuat agar dapat
membersihkan
diri daripada anasir-anasir yang
boleh
memusnahkan diri. Sewajarnya masyarakat kita
menjadikan
perjalanan-perjalanan untuk
bekas-bekas
bohsia sebagai pengajaran yang
disempadani,
bukannya untuk
melonjak-lonjakkan nafsu syahwat yang
menghancurkan
pula masa depan mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment